Tuesday, August 24, 2010

Mungkin tidak terlewat lagi...


         Jihad adalah salah satu perasaan yang ingin 2toes rasai. Jihad bukan setakat rasa ingin berjuang kerana Allah, tp lebih dari itu. Jihad adalah niat dan perbuatan yang dilakukan kerana Maha Suci Allah. Jihad itu ialah terbitan keinginan disulami keimanan untuk melakukan sesuatu untuk Yang Maha Besar. 

        Tapi kebanyakan orang tidak tahu apa itu jihad, baik yang muslim mahupun yang belum mendapat hidayah. Malah, kita disuapkan maksud jihad dengan berani mati dan perang oleh orang-orang yang dikatakan bijak duniawi. Hanya Allah sahaja tahu apa itu jihad yang sebenar kerana jihad bermula dari hati.  

       Hati mesti bersih. Tapi tahukah apa maksudnya hati yang bersih? Setakat ini, 2toes tahu, hati yang bersih ialah hati redha dan sabar. Hati yang bersih ialah hati yang selalu mengingati Dia Yang Maha Cantik dalam setiap perbuatan. Analoginya bagaikan orang yang tenggelam dalam laut cinta dan tak timbul-timbul. Setiap pandangan, perbuatan dan niat bermula dari Dia. Dalam susah, kita mengeluh kepada Dia, Yang Maha Mendengar. Dalam senang, kita memuji dan bersyukur kepada Dia, Yang Maha Kaya dan Permurah. 


Tapi bagaimana hendak redha?

       Kita redha apabila apa2 jua benda atau perkara yang melanda sebagai satu ujian. Mungkin perkara atau benda ini amat terkesan dalam hidup tp kita tak menjadikan semua ini alasan untuk berputus asa. Jika tidak redha, kita akan putus asa dan asyik mengelamun dosa2 dan benda2 yang lalu. Bila kita tak redha, kita tak melihat depan tp asyik melihat pekara yang berlaku pada waktu itu dan yang lalu. Tambahan pula, masa tak menunggu sesiapa pun. Apa yang berlaku kini akan menjadi semalam dan apa yang akan berlaku akan datang akan menjadi yang kini. Akhirnya, kita menjadi orang-orang yang rugi...


Bagaimana pula dengan sabar?

        Sabar, seperti apa yang Nabi SAW kata ialah sebahagian dari Iman. Sabar dan redha amat berkait rapat kerana dua2 saling bersandar antara satu sama lain untuk menyokong Iman. Seorang itu sabar bila setiap pekara berlaku yang malang baginya, dia bertahan dan tidak berganjak. Sabar itu bagaikan pokok yang akarnya amat kuat mencengkam tanah keimanan. Selagi kuat akarnya, selagi itu dia tak terputus dari kemanisan iman. Semakin lama masa berlalu, akar sabar itu harus kuat dan teguh, bukan lemah dan rapuh. Disini, masa tidak seharusnya menjadi penyebab sabar itu goyah, sepatutnya masa itu menjadi punca sabar itu keras dan tahan lasak. Sabar itu apabila seseorang di uji dia mengucapkan 'lahaulawalakuwataillabilahila'liyilazim' dan 'innalillahiwainalillahirajiun' dalam susah. Allah menguji hambanya... 

Tapi kadangkala selepas selesai satu dugaan, kita biasa merasakan bahawa tidak ada lagi dugaan lain. Kita harus ingat bahawa hidup realitinya bukan macam buku cerita. Kerana buku cerita ada akhirnya dan kita selalu membelek muka surat akhir untuk tahu apa kesudahan hidup seseorang ini. Hidup kita bagaikan satu pengembaraan yang tak ada perhentian. Nabi SAW pernah bersabda bahawa manusia ialah seorang pengembara dan dunia ini hanya satu persinggahan yang lama. Destinasi kita bukan didunia ini tetapi diakhirat. 


Berbalik kepada jihad...

        Semangat jihad sepatutnya ada dalam diri setiap umat Islam di seluruh dunia. Tapi sayang, 2toes dapat rasakan yang banyak saudara2 kita yang belum ada rasa jihad dihati mereka. Bayangkan kita mengingati seseorang ketika makan, tidur, berjalan2, buat kerja rumah, dalam tandas, mandi dan sebagainya.. Itulah yang sepatutnya kita lakukan.. 2toes tengah membayangkan yang Allah dekat dengan 2toes sedekat darah dalam nadi malah lebih dekat dari urat pada leher 2toes. Bila kita rasakan Allah Maha Melihat itu  MAHA MELIHAT dan Allah Maha Mendengar itu MAHA MENDENGAR, kita tahu yang kita tak bersendirian...Tak kisah samaada dalam hutan atau dimana2 tempat tersembunyi didunia ini. Pabila kita berkomunikasi dengan Nya, kita tak perlu telefon atau email, kita hanya perlu fikirkan dan getusan dalam hati itu sendiri adalah instrumen untuk bercakap dengan Allah. Allah SWT tak akan bercakap dengan kita tp Dia akan memberi kita suatu situasi untuk kita berfikir samada Dia itu Maha Wujud dan Maha Sempurna. Allah sering mengingatkan kita agar berfikir dan terus berfikir akan segala ciptaan Nya. Apa salahnya kita berfikir walaupun hanya sesaat dua? 


         Jihad itu penting dan jihad itu wajib. Tanpa jihad, kita semua tidak lengkap sebagai muslim yang sejati. Jangan takut untuk berjihad dan jangan malu untuk berjihad. Kita tak perlu buktikan yang kita sedang berjihad, malah kita tak perlu beritahu sesiapa pun yang kita berjihad. Tapi memberi nasihat untuk berjihad itu adalah wajib sebab "manusia dalam kerugian kecuali yang mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (103:3). Mulakan lah langkah jihad, biar selangkah atau dua, yang penting niat dan keinginan untuk melakukan sesuatu kerana Yang Esa.





No comments: