Tuesday, July 6, 2010

Puisi buat Mama..



Mak

masa berlari laju

aku sudah tua

dirimu sudah penat

tapi jari2 mu

erat ku genggam

hangat belakangmu

melenakanku

kala

dunia kita

bergegar



Mak

apakah dunia ini

jahat?

Kejam?

dan Sadis?

aku tak bisa lihat

dirimu patah

berdarah

menangkis amarah dunia..

bila dia nak berhenti?



Mak

personamu

ada dalam diriku

izinkan aku jadi

perisai gagahmu

aku juga kukuh

dewasa

dan tegap



Mak

rehatlah disisiku

bahu ini

bantal tidur aman mu

peluk ini

selimut ketenangan mu

kini

biar aku

hadapi dunia

untuk mu..

__________________________________


01hb Julai 2010 

pukul 11.55 mlm 

(Room 92, International House, Auckland)

(puisi ini dibuat kala 2toes dan seorg kwn (bintang kanayah) tgh berbalas puisi.. dia buat puisi untuk ibu dia dan 2toes untuk mama.. 2toes hantar pada mama and mama balas ini: 

Thank you.
Woooiii. Nampaknya dah ada penyair pelapis ASM. He he he. Mak bangga atas keupayaan Eli dan tersentuh membaca bait-bait sajaknya. Anakku ..apa yang membahagiakan seorang ibu adalah kebahagiaan dan kesejahteraan anaknya. Buatlah apa saja yang memanfaatkan dirimu dan orang ramai pasti hati rasa puas dan bahagia. Mama sentiasa berdoa untuk mu dan kita semua seisi keluarga. Be happy and think positive ...I love you.

No comments: