Sunday, June 6, 2010

Pantun Ujian Jumaat

Burung-burung terbang kembara,
Merentas angin, taufan dan ribut,
Semangat ku kini kian membara,
Ujian jumaat ini akan ku sahut.

Helangku letih hinggaplah di dahan,
Pipitku lesu tak selera makan,
Susah dan letih memang tak tahan,
Hanya Allah kita memohon kekuatan.

Curahan air telaga Kauthar,
Sungguh nikmat impian semua,
Ingat ini ujian Allah sekadar,
Kepada-Nya juga kembali kita semua.

No comments: