Sunday, March 18, 2012

Demons in me



Pleasure

A masquerade of lust

Greedy

and

Need



Helpless in sea of sensation

Drown INWARD

into the gallows

Such sweet yet sinful

PARADISE

A steadfast MIND

Lay

There

Defeated

Regretful moan RESONATES

wailing walls


Masked INNOCENT

sacrificial pain

Incomprehensible

Daunting heartbeat

Guilty

INSANITY

Tuesday, March 6, 2012

Utakata


Utakata

Floating freely in the air,

How dreamy you are

Climbing up the sky

As cold engulf your transparent wall

You left with an insignificant splash

Evaporating like you’re never there


Utakata

Drifting by the sea

Sea surfer of night and day

Born and disappear

Clashes beyond sandy earth

Small united cries seems so normal

It’s an everyday habit by the sea


I don’t want to be like you

Dreamy baubles

Reflecting far-fetched rainbows

So beautiful, yet so temporal

Clinging at the tips of cruel air

Futile force to live

No corpses, no skeletons

to mourn you, simpletons


I don’t want to be like you

Who deluded in false hope

Nothing to reach

Nothing to hold

To be born and disappear

Insignificant

Transparent ball

Popped

goes to nothing.

Sunday, March 20, 2011

Hmmm?

Hi again~!

I am feeling moody and again I tend to forget that I had a blog where I can pour my hearts out like river from the upper mountain. Non stop>.. It's already 2011 and this is my first post for this new year. Too bad, I am in a moody mood right now.

I don't like assignments.. To be more specific I don't like doing last minute assignments. In spite of my hatred, I am still doing it and I am doing it right now, this very moment of complete ignorance of time and space. Yes, I squeeze myself to make time for me to sleep, playing around and playing around again. I think that I am moody right now because I had made my motto for this year as not to do any last minute thing. Now that I had failed my vision, I am feeling moody and helpless... I failed myself and I will fail again.. over and over again. I hate that. I do hope I had more self-restraint. I would not say that I am stupid or anything else but I just feel like one... For all these years, I do hope I can be successful like other... It's a joke right? For someone to actually pass with flying colours without studying hard? But why I always compare myself to these group of people who are blessed with strong cognitive and metacognitive process. I am still trying to figure out what are my specialty. I thought I am aural and visual learner. I didn't even write any notes during class so that I can pay attention to the slides and the lecture. So far, I can't access myself whether it worked or not. I had a feeling that it is not working. Hey, at least I am saving some trees because I used less paper now. Haaa! Now I am an environmentalist... I should do some voluntary work saving trees...


Oh, I had been grumbling about this thing for months since I got this job. Yeah, the job that I am currently employed to. I had a feeling that I should quit it but I still can't. I don't know why I don't have the nerve or determination to say those sacred words "I quit!". I think I might get consumption if I continue working at that place again. I even grow pimples and I had something in my eye. Oh... that thing in the eye is my worst so-called enemy. I hate it to the core.. People would accuse me for a peeping tom. I am not a porno stalker for Allah's sake!! People still believe in this grandmother taboo... Hello! This is the 22nd century... how far are you in the dinosaur age?! Anyway, I think maybe I don't want to quit my job because I am afraid of being penniless. Yeah, that is possible. Back at home, I had decided that I don't want to stay broke, ever. I hate not having money in my pocket in the time of desperation. Credit cards are bad, yeah but these cards saved my ass. Alhamdulillah, Allah had made the credit cards available when I am in need. I would be begging along the alley if I don't have them. Allah knows what else might happened to me without His mercy. Oh, He is the Most Gracious and Merciful. I wouldn't say all these words to anyone except Him. I was actually planning on keeping the money from work for future use; like a trip to the South or OZ. I wouldn't be staying in Auckland for long. I am going back by the end of this year. A true muslim shouldn't have any world attachments but I am a nostalgic person. I linger on things, places and time. I can't take my head off all the things that I think worth remembering. If I were given a choice, I would like to stay here and marry someone here. Do some sewing or something instead of being a teacher. I do not loathe being a teacher but I hate stress. Stress makes me feel ugly, angry, moody and lots of appetite; not that I eat lesser food than my other friends. In the future, I should consider quitting my job. For now, I can still bear with it. I hope I didn't get any serious disease or fractures from working there. I still want to live being happy and healthy till I die.

Sunday, September 5, 2010

Haid

 
Harus Dibaca Oleh Setiap Mereka Yang Bergelar Muslimah

Kebanyakkan Muslimah tidak berapa perasan atau lebih malang lagi jika mereka tidak tahu menahu langsung akan perkara ini.

Dalam ilmu Fiqh khususnya Bab haid yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam. Kenapa hal ini boleh terjadi?

Amat susah untuk mencari seorang guru atau ustazah yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orang Perempuan ini’ kecuali terpaksa atau mesti dirujuk juga kepada ustaz- ustaz. Contohnya yang paling simple, bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam, “Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?” pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan, “Alaa... Itu soalan mudah jee... Bila datang period maka solat tu tak perlu qadha’. Yang perlu qadha’ hanya puasa jee...” Itulah yang mereka belajar sejak mula-mula bergelar wanita dahulu.

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang Muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid sekalipun!

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang masyhur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasawuf dan padanya juga perbahasan Fiqh yang luas, inilah bukti kehebatan ulamak terdahulu.

Dalam BAB TIGA : “Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah” perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :

Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha’ bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha’ solat Zohor dan Asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha’ solat Maghrib dan Isya'.

“Dan hal ini (qadha’ solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha’ solat Asar dan Zohor? Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas).

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha’ sama? Kerana didalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqasarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada’ solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama. Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya sudah kering semasa masih dalam waktu Isya’.

- Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha’ solat Maghrib. Diatas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu Maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku).

-Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha’ juga solat Maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) Cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh wanita yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri.

(AMIRUL AMIN)

Credits to Hilmi Halim (facebook)

Saturday, September 4, 2010

Jangan Kahwini Wanita Ini

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali


Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Credits to Hilmi Halim (Facebook)

Just like before...

Like what i used to write.. : I don't know what to say.

These days had been a bit gloomy for me. I think maybe I am feeling lonely. Or maybe I missed the time when I am young although I am taught to worry since I was a child.

I missed the time when I climbed the trees, venturing in the backyard bushes and playing with my sisters and brother. Yes, I missed them. When i tried to look back, my small heart yearn for those nostalgic moments to replay again.

Oh! How I hope that I can keep my past in my closet and go back whenever I want to. Forget all the bad things that ever happened when I was young, forget all the pains and sorrows that I had gone through. I had come to realized that I am what I am. I am the product of the past me. It seems like yesterday that I played the cement mixture with my sisters to make gray-hard cookies. I feels like an hour ago that I had taken a nap under our shady tree that grows pink and creamy green leaves. Lay under our self constructed swing, Mak had made for us. 

How I hope that I am not afraid of heights too much that I can walk again on the rooftops at the Quarters. I remember playing under the white frangipani tree which Bapak told us that he saw a big lizard that could swallow Didi in one gulp; Didi was skinny back then. Yeah, we were scared back then but we still play there in spite of the warning that there is a black snake nest at the small little hill located near the snowy tree. I also remember the backyard dumping area where we would throw away any degradable rubbish from our household and that was also the place where we 'buried' our pet chicken after her 'tragic' death. 

I also remember one time when my sisters and I were hoping ill fate to our little brother because he made Bapak punished us to stay under the house for faults that are not us to blame. I think I can still find some of my teeth that i planted near the house. Yeah, I pulled my own tooth and am proud of being independent and fearless. 

Didi and I used to be punished. I am sure she remember the time where Bapak punished us to sleep outside; one night we had to sleep at the verandah and one time we slept in the old white Toyota with roaches crawling all over our body. These are all the unforgettable moments that I can't help but smile to myself and I am sure Didi would do the same. 

There was also one time when we splashed water under the house and sprinkled detergent on the wet cement floor. It was our imaginary 'water world' and we slide back and forth on the slippery floor. We would jump from the wall and doing brilliant stunts before Mak and Bapak came back from work. Oh, how furious was Bapak back then. However, I don't remember what were our punishment back then. 

Now, I can only sigh and reminisce. All I can do is to only write and hope. I am a big girl now. I will marry later on and had my own children. Life goes on and one day I will die. I pray that Allah will make me live with Iman, die with Iman and resurrected with enough Iman so that I won't be too ashamed to meet him in His court. Insyallah!! Amin!!

Tuesday, August 24, 2010

Siapa nak jadi Isteri kedua?



Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. “Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat. Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya. “Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak. “Tak. Maksud saya – ” “Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar. “Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya. Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. “Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah. Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua. Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri. Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah. “Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu. “Sudi,” jawab Nusaibah ringkas. “Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin. Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri. “Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu. “Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu. “Baiklah,” jawab Fikri tersenyum. Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya. “Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah. “Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu. “Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya. “Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum. “Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang. Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini. “Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta. “Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut. “Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri. “Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya. “Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar. Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang. “Perjuangan,” jawab Fikri. *** “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” [QS al-Taubah 9:24]


Sumber:  Nota Facebook Ustaz Abuyusoef

link: http://www.facebook.com/note.php?note_id=428344678393